Semalam selesai je memasak, ambil - ambil angin tepi beranda rumah... Terdengar pula suara budak - budak sedang bermain, teringat pula masa kecil - kecil dulu...
Anak jiran shay yang tinggal bawah sekali sedang seronok bermain, tapi mereka hanya bermain sesama mereka, tak bercampur dengan orang lain... Mungkin ibu bapa tak benarkan agaknya... Kalau bermain pun sekadar di keliling rumah sahaja tak boleh pergi main jauh - jauh...
Shay dengan adik - adik dulu macam tu juga, mak dengan abah tak bagi sangat bermain dekat luar, takut ada apa - apa yang terjadi, kes culik budak dari kitaorang kecil lagi dah ada, lagipun mak tak bagi main kat luar bukannya apa, takut kami terjebak dengan budak - budak yang tak berapa nak berakhlak perangainya... Dulu ada juga la perasaan memberontak marahkan mak dengan abah kenapa buat kitaorang macam tu, orang lain tu mak abah dia elok je bagi anak diaorang main kat padang sedangkan kitaorang hanya bermain didalam rumah... Memag tak puasa hati, tapi bila dah besar ni barulah faham kenapa mak dengan abah buat tindakan sebegitu... Sememangnya diluar sana tak sesuai buat kita pada masa itu, umur masih kecik tak pandai lagi nak menilai mana baik mana buruk, bila orang suruh buat kita buat sedangkan benda itu salah kita tak tahu...
Sekarang ni anak shay makin membesar, shay juga akan buat tindakan yang sama, cuma bezanya jika anak shay ingin juga bermain diluar, shay atau ayahnya ada menemaninya... Shay tak nak la anak shay terjebak dengan perkara - perkara yang tak elok, jika ditanya kenapa tak benarkan dia bermain sendirian dengan kawan - kawannya, shay dah siapkan seribu satu kenyataan kenapa shay tak benarkan dan kenyataan itu dari pengalaman shaysendiri bukannya di petik dari mana - mana tulisan... Semua orang hendakkan yang terbaik buat anak - anaknya, begitu juga shay... Biar shay bertegas sekarang, biar dia rasa perit sekarang, kemanisan dikemudian hari pasti buat dia lupa tentang kepahitan yang pernah dia alami...
Ok la sini dulu luahan rasa hati, nanti sambung lagi... Daaa...
Aku masih ingat ketika bermain dengan adik - adik tersayang, sampai ada yang terkencing dalam seluar... KENANGAN...
UJIAN PAP SMEAR...
0 comments:
Post a Comment
(^-^)Terima kasih atas komen anda... Bila senang singgah la lagi...(^-^)