Seminggu berbuka puasa tanpa cik abg syg, tak seronok langsung tau... Tapi tu la nak buat macam mana dah keje cik abg syg macam tu kena la terima... Minggu depan ada harapan berbuka di klinik lagi... Bercerita fasal berbuka di klinik tu pun satu hal juga, terpaksa menyorok - nyorok sebab tak mahu patient nampak kitaorang dalam klinik, kalau diaorang nampak confirm terbantut - bantut selera makan sebab nak berjawap dengan diaorang... Masalahnya diaorang ni macam tak baca notis, lagipun bukannya tahun ni je klinik tu tutup time berbuka dah 8 tahun rasanya... Tapi diaorang tu masih tak faham - faham... Macam mana cara nak bagi diaorang faham shay sendiri runsing...
Tak sangka dah hampir 2 minggu kita berpuasa, oleh kerana hari ni shay bercuti jadi ambil kesempatan untuk ke kedai kek beli bahan mentah untuk buat biskut raya... Kali ni biskut raya kitaorang semuanya jenis simple - simple je, malas nak gelek - gelek tepung, main bentuk - bentuk ikut suka hati saja... Beli cawan kertas tu letak je semua dalam tu lepas tu bakar, senangkan... Ni la namanya kerja orang malas... Petang ni pula shay dah plan nak berbuka dengan kengkawan lama kat KL, sambil - sambil tu boleh la shay cuci - cuci mata sikit... Harap tak hujan la kat sana tu, kat rawang ni pagi tadi nampak mendung macam nak hujan sangat, tapi sekarang dah mula panas... Alhamdulillah... Lama tak jumpa diaorang makan tahun, tahun lepas jumpa pun time berbuka puasa juga, tahun ni jumpa pun time berbuka juga... Dah tak boleh nak huha huha macam dulu lagi la... Kita ni pun ada anak kecil, susah...
Ok la sini dulu la, nak sidai kain lepas tu nak kejut cik abg syg ni nak ajak pergi beli barang... Dia baru balik kerja tengah syok tidur... kang lambat - lambat takut pula hujan... 

Ku dapat ketenangan dalam bulan ramadhan kali ini... Adakah aku telah dirahmati olehNYA...
UJIAN PAP SMEAR...
0 comments:
Post a Comment
(^-^)Terima kasih atas komen anda... Bila senang singgah la lagi...(^-^)